CARA KIRA GPA DAN CGPA UNTUK STUDENT UITM

Entry kali ni nampak je simple tapi sebenarnya ramai je students yang masih tak tahu or tak ingat cara nak kira GPA dengan CGPA ni sebab masa MDS kan semua tak cukup tidur dan lalok masa kat dewan so tak ambil perhatian sangat apa yang senior cakap hahahaha. Last-last masing-masing cari kat google hahahahaha then lupa balik macam mana nak kira. Okay, kenapa penting untuk kita kira GPA dengan CGPA ni? Sebab dengan cara ni korang boleh tengok sama ada korang punya pointer tu layak ke tak nak dapat dekan. Selalunya ramai student akan kejar dekan setiap semester sebab nak masuk dalam golongan naib canselor. Golongan ni hmm boleh kata golongan pandai laa sebab tiap-tiap sem kot dekan. Biasanya nak dapat dekan bukan setakat kena dapat A semua subjek tapi kena pointer 3.70 ke atas. Nampak senangkan? Tapi yang tahu je tahu perit dia huhu.


APA ITU GPA?

GPA ialah (Grade Point Average) ataupun dalam bahasa Malaysia bermaksud Purata Nilai Gred. GPA merupakan markah dan gred korang untuk setiap semester. Ianya dikira bermula dari markah bagi setiap subjek yang diambil untuk sesuatu semester. Markah dari setiap subjek ini akan didarab dan dibahagi dengan jumlah kredit yang diambil. Selalunya setiap subjek akan ada 2 ataupun 3 kredit. Tetapi terlebih dahulu korang kena faham apa itu ‘pointer’ dan apa itu ‘jam kerdit’. Sebagai pelajar universiti korang kenalah faham dan ambil berat tentang benda ini. Kerana ianya melibatkan gred korang bila tamat nanti.


APA ITU POINTER?

Benda ni mesti korang selalu dengarkan tapi tak faham apa kejadahnya pointer ni. Basically, 'Pointer’ ni akan dikira mengikut pencapaian korang bagi setiap subjek yang diambil dalan semester semasa. Kalau bagus pencapaian korang boleh dapat A, kalau serdehana mungkin korang dapat B atau pun C.


PS : Kat universiti gred C tu kira cukup-cukup makan and agak malu sebenarnya dapat C tapi okay laa kan daripada kena repeat huhu.



APA ITU JAM KREDIT?

‘Jam kredit ’ pula adalah pemberat (bahasa mudah faham : berapa purata jam korang perlu belajar subjek tu dalam seminggu) bagi sesuatu subjek. Ianya juga dikira sebagai jam pertemuan dangan lecture. Lagi berat subjek tersebut lagi tinggi jam kredit nya. Korang boleh tengok contoh credit hours kat bawah ni.



APA ITU CGPA?

CGPA ialah (Cumulative Grade Point Average) iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif atau terkumpul yang merupakan markah keseluruhan bagi semua semester yang korang dah lepas. Jumlah pointer dari semester satu akan di campurkan dengan semua semester sehingga semester akhir. Korang boleh membaiki CGPA dengan meningkatkan gred GPA pada setiap semester. GPA ini amat berkait rapat terus dengan CGPA. Kalau markah GPA korang rendah secara tak langsung CGPA akan turut rendah juga. So yang penting jaga GPA korang pada setiap sem. Dapatkan markah yang terbaik untuk setiap subjek dengan mengunakan formula ‘A + T x Fe’ (Assignment+Test x Final exam). Cara ni korang boleh guna untuk target markah untuk dapatkan A untuk setiap subjek.


CARA KIRA GPA DAN CGPA


GPA = (Hasil tambah semua Grade Point Total) ÷ (Hasil tambah semua Credit Hours)


 CGPA = (Hasil tambah semua Grade Point Total bagi semua semester) ÷ (Hasil tambah semua Credit Hours bagi semua semester)


**Grade Point Total tu maksudnya pointer yang korang dapat dalam setiap subjek (refer markah pointer).

**CGPA ni korang boleh start guna bila masuk semester 2 hingga akhir.

**Better korang print result korang setiap semester so nanti senang korang nak refer untuk kira CGPA sebab bila dah masuk sem baru agak susah sikit nak cari balik result semester lepas korang. Seeloknya print dan simpan dalam satu fail untuk rujukan.


Korang juga boleh kira GPA dengan CGPA dekat website ni -> Cumulative GPA Calculator (UiTM)


P/S : Make sure korang punya GPA tu 2.0 keatas setiap semester even korang ada gagal and kena repeat subjek sebab potensi korang akan digugurkan dari universiti tu agak tinggi. Kalau boleh baik jangan ada gagal sebab subjek gagal ni akan memberi effect besar kepada pointer korang nanti.

Comments

Popular posts from this blog

DIPLOMA SAINS KOMPUTER (CS110) SEM 1. APA TU?!

APLIKASI BUAT DUIT TANPA MODAL YANG RAMAI TAK TAHU!!!