DIPLOMA SAINS KOMPUTER (CS110) SEM 1. APA TU?!

Dalam entry ni Sis nak cerita pasal apa yang Sis belajar masa Sem 1 Diploma Sains Komputer (CS110) dekat UiTM. Masa mula-mula ambil Sains Komputer ni Sis memang kosong tak tahu Sains Komputer ni pasal apa. Ramai orang akan kata Sains Komputer ni macam IT but no gaiss. Sains Komputer ni lebih kurang macam Computer Engineering which is kebanyakkannya kau kena belajar bahasa komputer such like C++, Java, Phyton, ect. Ni semua subjek yang Sis ambil (kebetulan tahun Sis punya ni silibus baru and ada perubahan sikit dari silibus lama).

Baca juga : Pengalaman First Time Masuk Universiti


CSC126 - Fundamental of Algorithm and Problems Solving (C++)

Okay pasal subjek ni, subjek yang agak susah bagi Sis yang tak ada basic ni sebab kau kena belajar buat coding. Coding ni apa? Bahasa mudah faham coding ni macam bahasa komputer laa. Tapi yang sakit hatinya bila kau buat code tapi tak boleh debug sebab compiler yang kita guna tu asyik detect kesalahan je haihh. Sis guna compiler Visual Studio (banyak gila memori dengan RAM dia telan tau, so kalau nak beli laptop tu make sure RAM 4GB ke atas dan intercore i5 ke atas). Subjek ni agak mencabar sebab kau kena fikir diluar kotak untuk selesaikan masalah yang diberi. Subjek ni juga yang buat skrin laptop Sis pecah sebab otak Sis rasa nak meletup buat code tapi asyik error je, entah mana errornya pun tak tahu laa. Tapi pls jangan jadi macam Sis, mahal woo nak baiki laptop pecah huhu 😭


CSC116 - Introduction to Computers and Programming

Okay subjek ni pula tak ada laa susah mana. Subjek ni lebih kurang macam sejarah cuma bezanya ni kau kena belajar sejarah masa mula-mula komputer wujud, bahasa coding apa yang digunakan and bla bla bla. Subjek ni juga kau akan belajar basic coding. Kalau Sis dulu guna compiler Alice 3. And bagi Sis subjek ni tak susah pun, yang susahnya bila assignment kena buat video animation guna Alice 3 tu huhu, kalau korang cepat belajar senang je laa nak buat sebenarnya, and subjek ni ada presentation ye (ofc laa korang kena speaking) so good luck hahahaha.


CSC253 - Interactive Multimedia

Dulu ni subjek sem 3 tapi dah berubah jadi sem 1 punya hahah. Subjek ni boleh kata best juga sebenarnya sebab subjek ni kau akan belajar cara guna Adobe Photoshop, Adobe Premiere Pro, Adobe Illustrator/Animate and so on. Yang tak bestnya bahagian teori je bagi Sis sebab korang akan belajar macam-macam istilah dalam perkomputeran. Subjek ni boleh kata killer juga sebab kalau kau tak study awal-awal memang result kau akan hancus, percayalah huhu. Assignment dia, kitorang kena buat satu application untuk promote kelab yang ada dalam U kitorang then present kat depan hahahaha.


CTU101 - Fundamental of Islam

Subjek ni senang tapi killer jugalah. Kalau korang memang terror subjek agama, kacang je sebenarnya sebab korang akan belajar balik pasal asas. Semuanya pasal syariah, akhlak, ibadah and bla bla bla. Senang je sebenarnya kalau korang pandai goreng hehehe. Sis dulu pun goreng je asal logik, sebab banyak soalan yang macam zaman sekolah dulu punya. Spoiler kat sini, korang kena hafal surah Yaasin ayat 1-20 siap-siap ye sekali pengajaran fuhh. 


ELC121 - Integrated Language Skills 1

Subjek ni subjek English sebenarnya. Macam subjek untuk persediaan MUET sebab ada writing (based on short stories), listening dan speaking (based on random given situation). Sama macam zaman kau sekolah dulu. Masa ni Sis tak pandai speaking so speaking pun berterabur. Satu group 2 orang tak silap and lecturer akan set masa untuk kitorang membebel pasal given situation tadi. Nasib laa kalau kau tak ada idea masa tu.


HBU111 - National Kesatria 1

Ni bukan subjek tapi kokurikulum yang semua student UiTM wajib ambil. Biasanya kitorang panggil kor je nak senang (untuk korang yang tak tahu and biasa panggil koko je). Kor ni ramai orang tak suka sebab 80% aktiviti dia ialah berkawad. Means kau kena kawad setiap kali kor tu. Yang bezanya dengan zaman sekolah kan, masa sekolah cikgu-cikgu yang akan ajar berkawad tapi masa zaman universiti ni komander kesatria sendiri yang kena ajar kawad (biasanya dia akan datang awal dan berpakaian macam askar). Yang tak bestnya kena kawad dari pukul 5 petang sampai nak dekat pukul 7 (sebab masa ni kan panas, kalau hujan sekalipun korang akan tetap kena kawad jugak). 


MAT133 - Pre-Calculus

Bahasa mudah bagi Pre-Calculus ialah add math. Haa, masa sebelum zaman Sis kan, diorang yang belajar add math masa sekolah je boleh ambil Sains Komputer ni. Tapi masa zaman Sis dia longgarkan syarat sikit. Tak ada add math pun boleh masuk, maka ramailah yang kecundang kena repeat termasuk Sis sendiri huhu. Subjek ni subjek killer laa juga depends kepada lecturer yang mengajar korang tu. So yang mana tak pernah belajar add math tu, subjek ni boleh membawa kepada culture shock pada korang.


UED101 - Mathematical Thinking For Novices

Subjek ni Sis tak tahu subjek apa tapi dalam study plan ada tertulis subjek ni tapi kitorang tak pernah ambil subjek ni.


UED102 - Study Skills

Subjek ni sumpah best sebab ni je satu-satunya subjek yang tak stress dan relax je. Subjek ni korang akan ambil masa interim. Interim tu sebulan tapi dalam masa sebulan tu korang cuma ambil subjek ni je. Basically subjek ni cuma nak ajar korang cara hidup kat universiti je. Means cara belajar yang betul, kena biasakan diri dengan assignment dsb.


Kalau korang nak tahu, ada subjek pre-requiresite (pra-syarat). Kalau korang tak lepas subjek-subjek ni korang kena repeat dan tak boleh ambik subjek sambungan untuk sem seterusnya (kemungkinan untuk korang extend tu tinggi).


Contohnya:

MAT133 (Pre-Calculus), kalau tak lepas sem depan tak boleh ambil subjek MAT183 (Calculus 1). Means sem 2 korang kena repeat MAT133 sampai lulus baru boleh ambil subjek MAT183. 3 kali repeat and still gagal korang akan digugurkan dari universiti.


Baca juga : DIPLOMA SAINS KOMPUTER SEM 2. SIS BENCI ONLINE CLASSES!


Pre-requiresite subject untuk sem 1:

MAT133 (sem 2 MAT183)

CSC126 (sem 2 CSC186)


Harap entri ni boleh jadi panduan untuk student baru UiTM Diploma Sains Komputer (CS110) ye. Lagi-lagi yang tak tahu Sains Komputer tu apa hahahaha.

Comments

Popular posts from this blog

CARA KIRA GPA DAN CGPA UNTUK STUDENT UITM

APLIKASI BUAT DUIT TANPA MODAL YANG RAMAI TAK TAHU!!!