DIPLOMA SAINS KOMPUTER (CS110) SEM 2. SIS BENCI ONLINE CLASSES

Salam sekalian alam wahai warganet yang kebosanan! 😏 Hari ni Sis nak citer pulak pasal sem 2. Apa agak-agak yang Sis belajar ehh masa PKP ni? Tapi sebelum tu Sis nak cerita sikit laa pasal apa jadi sebelum PKP ehek. Story time! 


Baca juga : Diploma Sains Komputer (Sem 1). Apa tu?


Okay mula-mula start sem baru tu, Sis agak runcing jugak laa sebenarnya sebab Sis pergi habiskan duit PTPTN gi beli printer (RM110) dengan fon baru (RM390) sebab fon lama Sis pecah. Pecah sebab apa? Pecah sebab jatuh laa huhu sedih tau sebab baru je tukar glass screen protector baru pastu jatuh sekali dengan skrin dalam pecah. Long story short, Sis hidup tanpa fon kat universiti selama sebulan (maybe lebih) and cuma communicate guna whatsapp web dalam lappy je sebab lecturer ni suka bagitau benda penting last minute dalam group whatsapp huhu. Duit pulak time tu makin kering sebab UiTM terus tolak duit yuran dari PTPTN so yang masuk akaun berapa je laa kan. Yang bangangnya Sis pergi borong novel yang promosi PBAKL tu around RM100 lebih (14 buku hehehe) sebab Sis ni gila novel sebenarnya. Tengah-tengah runsing pasal duit tu tiba-tiba time tu PKP start. Masing-masing kelam kabut laa nak balik kan. Sis balik rumah masa hari first PKP start time tu. Buku yang Sis beli tu pula letak alamat UiTM and belum sampai. Rektor pun bagi cuti around 2 minggu (tapi at the end bersambung sampai sebulan). Sampaikan buku Sis order tu pun tersadai kat Poslaju sebulan and bersarang dekat UiTM sebulan (total 2 bulan nak tunggu novel sampai). Sis punya bengang tu sampai sanggup gi contact orang UiTM suruh poskan ke rumah (habis pula RM12 sebab bayar pos haihh). Kitorang cuti sampai waktu cuti pertengahan sem. Lepas cuti pertengahan sem tu mulalah detik yang menderitakan dimana kitorang kena belajar secara online. Sakit otak laa jugak nak faham tapi yang bestnya exam open book, open internet hehe. Ni subjek-subjek sem 2 yang kitorang belajar (sepatutnya sebab Sis repeat subjek MAT133) 😭


ACC106 - Introduction to Financial Accounting and Reporting (subjek elektif/pilihan)

Subjek ni bagi Sis agak killer sebab walaupun kau dah ada basic akaun masa sekolah menengah tapi kau kena tahu satu benda yang format accounting ni akan berubah setiap masa (bergantung kepada ekonomi semasa) and korang pun kena belajar format accounting yang latest punya (bukan bermaksud format lama yang korang belajar masa sekolah dulu dah tak boleh pakai, cuma ada perubahan sikit-sikit je laa tapi cukup untuk buat korang keliru dan pening-pening lalat). Untuk pengetahuan korang, subjek ni subjek elektif pilihan (maksudnya kalau korang tak nak ambil subjek ni, akan ada subjek lain yang akan ditawarkan pada korang).


MGT162 - Fundamental of Management (Subjek elektif/pilihan)

Okay subjek ni pula subjek pilihan selain ACC106 (means kalau korang tak nak ambil subjek ACC106, korang kena ambil subjek ni). Subjek ni banyak kena hafal fakta pengurusan sesebuah organisasi/syarikat (berdasarkan apa yang kawan Sis cerita). Subjek ni sesuai untuk orang yang suka membaca dan menghafal. Ramai kata subjek ni susah (kawan Sis yang ambil subjek ni yang bagitau ehh kalau salah jangan marah Sis) sebab kalau exam korang kena buat esei pasal management ni. Maybe bahagian tu kot yang ramai tak suka huhu.


CSC159 - Computer Organisation

Subjek ni masa mula-mula belajar je best sebab senang je basic. Subjek ni korang akan belajar apa itu binary, decimal, hexadecimal dengan octal and macam mana nak convert dari binary (bahasa yang komputer faham cuma 0 dan 1) kepada bahasa yang manusia faham (ABC bagai). Subjek ni mula-mula je senang tapi masuk pertengahan dah mula start susah and korang akan mula rasa macam nak botakkan kepala belajar benda ni semua.


CSC186 - Object Oriented Programming (Java)

Subjek ni pre-requiresite kepada subjek CSC126 (C++). To be honest, bagi Sis laa kan subjek ni lagi senang dari C++. Sebab subjek ni punya code tak berubah sangat dan senang nak compiled. Tapi masalah dengan compiler yang Sis guna ni (BlueJ), belum apa-apa dah salah (selagi code belum lengkap). Tapi bagi Sis subjek ni okay je, walaupun sebenarnya bagai musuh dalam selimut sebab code tak ada error tapi output tak keluar or output keluar tapi tak macam yang kita programkan. Tu je laa masalah dia. Berbeza dengan C++ yang asyik-asyik error. Bukan setakat error tapi output pun tak nak keluar.


CTU151 - Islamic Thought and Civilization

Subjek ni subjek agama. Rasanya semua orang boleh pass sebab masa SPM dulu subjek sejarah ada belajar and subjek Agama Islam pun ada belajar. So basically subjek ni cerita pasal sejarah penubuhan Islam. Yang pasal Bani Ummaiyyah, Bani Abbassiyah tu semua. Still sama ada hafazan surah Yaasin tapi ni sambungan dia, ayat 21-40 sekali dengan pengajaran ayat dia. Masa ni ingat lagi, lecturer Sis gi video call sorang-sorang student dia untuk hafazan huhu. So kat situ korang tak boleh mengelat laa sebab video call kan.


ELC151 - Integrated Language Skills II

Subjek ni still sama dengan ELC121. Ada listening, speaking dengan writing. Masa Sis ambil speaking test berkumpulan tu, Sis sedar laa Sis dah ada improvement sampai lecturer Sis pun puji sebab tetiba je brainstorm banyak idea time tu hahahaha (bangga jap). Don't worry, practice make purrrfectt sebab lecturer biasanya akan bagi guide sebelum nak speaking tu hehe tu sebab senang je nak brainstorm masa tu. Nanti ada masa Sis bagi tips nak brainstorm yang lecturer Sis share. Lagipun dulu pun Sis tak pandai speaking tapi kali ni banyak plak Sis speaking masa exam even time tu kena video call guna Google Meet hahaha.


MAT183 - Calculus I

Subjek ni pre-requiresite kepada subjek MAT133 (entry lepas dah bagitau kan subjek pra-syarat tu apa). Kalau Pre-Calculus tu add math, Calculus I ni pun add math tapi lagi advance. Sis ada tanya kawan Sis yang ambil Calculus I ni, peratusan untuk korang hidup around 50-50. Kalau nak lepas memang kena banyak banyak banyak sangat buat latihan sebab sumpah susah (kalau Pre-Calculus pun dah susah, Calculus I apatah lagi kan?). Kalau silibus lama, subjek ni pre-requiresite kepada subjek Calculus II tapi disebabkan peratusan yang gagal subjek Calculus II sebelum ni 80% so masa silibus baru ni dah tak ada dah Calculus II tapi diganti dengan MAT210 (Discrete Mathematics).


HBU121 - National Kesatria II

Still sama dengan sem 1 punya Kesatria, kena kawad cuma bezanya sem 2 ni korang boleh pilih nak masuk Kesatria atau kelab. Kalau korang pilih Kesatria, masa sem 3 tak boleh ubah dah (means korang kena stay Kesatria sampai sem 3). Maksud kat sini kan, apa yang korang masuk masa sem 2, korang akan kekal sampai sem 3. Korang tak perlu risau sebab kor ni sampai sem 3 je ada, masuk sem 4 dengan 5 dah tak ada kor sebab sem 4 dan 5 korang akan busy gila-gila sebab jadual korang akan pack. 


Baca juga : Pengalaman Sis Kena Kacau Dengan Penunggu


Subjek pre-requiresite sem 2 :

CSC186 (Sem 3 CSC248)


Sem 2 maybe tak padat sangat tapi percayalah masa sem 3 akan jadi lagi parah huwaaa 😭😭 Back to story, Sis percaya Allah sebenarnya nak tolong Sis survive masuk Universiti sebab kalau tak ada duit macam mana nak survive kan? Tambah pula Sis ni bukan jenis yang suka minta duit kat parents. Kang nanti tak pasal-pasal kena bebel dulu huhu. Btw, semoga entri ni boleh jadi guide untuk korang yang masih freshie dalam dunia Diploma Sains Komputer ni!

Comments

Popular posts from this blog

CARA KIRA GPA DAN CGPA UNTUK STUDENT UITM

DIPLOMA SAINS KOMPUTER (CS110) SEM 1. APA TU?!

APLIKASI BUAT DUIT TANPA MODAL YANG RAMAI TAK TAHU!!!