CERITA SIS : PENGALAMAN FIRST TIME MASUK UNIVERSITI

Dalam entri ni Sis nak cerita masa-masa yang Sis first time masuk Universiti Awam (UA). Waktu dimana keputusan UPU tu baru keluar. Waktu tu juga baru hari pertama Sis masuk Form 6 (just in case tak dapat uni, sambung je laa Form 6 kan) 😂



Pasal Form 6 ni ramai orang dah salah faham hanya disebabkan diorang punya style tu macam kena bersekolah macam budak-budak lain cuma bezanya kena pakai baju formal dan bebas bawa gadget pergi sekolah. Disebabkan tu, ramai ingat Form 6 ni untuk budak-budak bodoh je. Excuse me dik, kalau nak tahu nak masuk Form 6 bukan senang tau?! Kalau kau tak cukup 5 kredit ingat lepas ke nak masuk Form 6? Ramai juga tak tahu sebenarnya dengan STPM ni diorang boleh dapat kerja best-best dan setanding dengan diploma sebab kalau korang ni nak tahu, STPM merupakan exam yang paling susah di Asia Tenggara (ranking No 1 kau haa). So tak peliklah kalau budak-budak STPM ni boleh dapat kerja kat luar negara sebab sijil diorang ni laku keras dari diploma.


Sebab apa Sis ambil diploma dan tak ambil STPM? Haa sebabnya Sis lagi suka mod pengajian yang santai and Sis jenis tak suka tekanan yang tinggi. Kalau korang masuk Form 6 laa kan, setiap sem mesti akan ada yang berhenti. Nak tahu sebab apa? Sebab pressure tu tinggi. So kalau tak mampu better ambil diploma je laa dik oii. Cerita Sis pun dah jauh menyimpang dah ni. Straight to the point, Sis dapat masuk UiTM! UiTM mana? Tak perlu tahu laa nanti sibuk je hahahahaha




Okayy, first day masuk uni tu hari pendaftaran dan hari pertama MDS (macam hari orientasi tapi perit sikit). Mula-mula kena daftar kolej kediaman (asrama) dulu. Sem 1 memang wajib duk kolej je adik-adik semua sebab korang akan terikat dengan belambak program. Kitorang ada bulan interim (bulan pengenalan kepada dunia universiti) which is tak ada laa menyeksakan macam minggu MDS. Okay MDS stands for Minggu Destini Siswa, which is boleh mendatangkan fobia (cehh hiperbola je kau) kepada student-student baru hahahaha. Sis pernah sampai demam.


Hari first tu macam biasalah punggah masuk barang dalam bilik and memang normally parents akan ikut sekali sebab nak tolong and bagi pesan nasihat bla bla blaa.. Masa tu juga kau akan berkenalan dengan roommate baru yang dari pelbagai negeri tu. Around pukul 4 gitu baru start minggu MDS. Minggu MDS ni dia perit sebab apa tau, dia perit sebab kau kena pakai baju kurung, tudung bawal pin bawah then kau kena berlari satu UiTM tu ikut senior-senior korang. Minggu dimana kau tak akan tidur dengan lena huwahahahahaa..


Hari first tu pun dah cukup perit bagi aku sebab aku tak bawa dokumen yang cukup nak daftarkan diri aku sebagai student kat situ. IC kau dengan parents kau, surat beranak kau dengan mak bapak kau, surat gaji, gambar passport, surat kemasukkan (semuanya kena photostat 5) sebab dengar cerita setiap sem kau kena daftar balik. Waktu tu aku serabut hanya disebabkan aku tak ada cop pengesahan so nak tak nak kena dicop dengan lecturer yang ada pada masa tu. Waktu tu pulak paling perit bila dia nak tengok dokumen asal, nak suruh parents datang hantar memang tak laa weii jauh kot nak datang mai sini, hang gila? Nak suruh pos plak bagi aku sangat laa menyusahkan sebab tu kan dokumen penting kalau hilang masa tengah pos kang payah, baik tak payah. So Sis suruh je parents ambil gambar dokumen tu semua. Nak sahkan pun payah beno tau. Banyak cekadak diorang ni.


Okay ni hari kedua dimana kitorang still kena bebel pasal hal-hal universiti and settlekan hal pendaftaran bagi siapa yang dokumen dia tak cukup. Sis dah laa tak cukup tidur, kau bayangkan lah fasi kitorang bagi naik bilik pukul 2 pagi then turun balik pukul 5 fuhh. Sis macam biasa pagi-pagi je akan selsema and muka Sis nampak macam orang demam. Kali ni Sis lucky sikit dapat lecturer yang prihatin and baik hati. Sis tertinggal semua dokumen yang original kat bilik and dia tengok Sis macam tak sihat so dia copkan je semua dokumen tu. Huhu.. Hari kedua ni pun perit juga kau kena berlari ikut fasi korang then balik bilik ofc laa lewat macam biasa, pukul 2 pukul 3 baru sampai bilik sebab sebelum balik bilik tu kena bebel dulu. Dah laa dengan badan tak mandi time tu haihh (sebab kitorang tak boleh balik bilik selagi ada program).


Hari ketiga pula kitorng still kena stuck dekat dewan dengar bebelan fasi-fasi senior. And kena bergambar untuk gambar kat matriks dalam keadaan muka benyai nak mampus. Dengan lampu ring yang besar kedabak tu sampai silau mata sis. Entah macam mana diorang tahan tak tidur berhari-hari pun tak tahu laa awak. Sis sampai pening kepala and muntah-muntah sebab 2 hari tak tidur. Malam tu balik bilik je kena iron baju kurung and tudung pastu nak mandi lagi, nak tidur lagi haihh. Sedih tau. Makanan yang diorang bagi pula macam makanan dalam penjara je Sis rasa masa tu. Korang bayang je laa makan nasi yang macam tak cukup air (keras dan macam tak cukup masak) pastu lauk entah apa-apa. Lauk yang Sis sendiri pun tak pernah makan and pelik lauk apa laa tu, tanya orang lain pun diorang tak tahu sebab rasa pelik je lauknya hahahahaha.


Hari keempat which is hari yang still menyeksakan bagi Sis sebab ni kitorng kena denda sebab banyak complain pasal makanan and fasi-fasi semua macam tak bagi kitorang rehat langsung. Waktu tu kitorang balik bilik pukul 3 and kena turun balik pukul 4. Waktu tu memang confirm-confirm laa ramai tak tidur kan sebab nak iron baju kurung tu haihh sabo je laa. Hari kelima (last day) kitorang kena daftar kor (kokurikulum). Haa ni korang tak boleh lari, kor ni ada 3 sem start dari sem 1. Korang wajib masuk kawad nak tak nak pun 😏 Tapi mula-mula kena PAFA dulu (ujian bacaan solat) kat dewan. Kalau agak-agak doa qunut tak hafal tu baik hafal cepat sebelum masuk uni kalau tak nanti korang akan masuk kelas Pembangunan Insan (macam kelas asas agama). Kalau korang masuk ni memang sem 2 laa baru korang kena kawad (still kena kawad okay). Sis pun sebenarnya stuck kat dalam kelas ni sebab tak hafal doa qunut haihh (Sis malu huhu). Then petang tu juga semua students kena belajar berkawad (around sejam dua je laa). Kesian kan baru masuk dah kena berkawad? 



Masuk hari keenam iaitu hari berehat. Kitorang tidur sepuasnya. Kalau Sis waktu tu tidur sampai bangun pukul 3 petang haa kau tapi bukan Sis sorang je yang bangun lambat tapi boleh kata semua students sem 1 time tu bangun lewat gila. Pastu start minggu seterusnya mula laa masuk bulan interim. Bulan ni srs best sebab relax nak mampus. Kelas yang ada pun stakat 1-2 kelas je hahahaha and korang akan diperkenalkan dengan assignment. So far okay laa. Bila dah betul-betul masuk sem 1 tu yang hmm sikit. Hehe depends pada korang laa kalau cepat biasakan diri senang je nak harungi hidup kat zaman universiti ni hehe.

Comments

Popular posts from this blog

CARA KIRA GPA DAN CGPA UNTUK STUDENT UITM

DIPLOMA SAINS KOMPUTER (CS110) SEM 1. APA TU?!

APLIKASI BUAT DUIT TANPA MODAL YANG RAMAI TAK TAHU!!!