CERITA SIS : PENGALAMAN SIS KENA KACAU DENGAN PENUNGGU

Okay dalam entri kali ni bunyinya seram sikit. Dalam entri ni Sis nak share pasal Sis kena kacau dengan penunggu. As we all know, setiap rumah yang kita tinggal tu ada penunggu kan? Cuma antara kita sedar dengan tak je and ada jenis penunggu yang tak kacau orang, ada juga penunggu yang suka kacau orang seolah-olah nak menghalau kita keluar dari rumah sendiri. Fuhh..



Benda ni berlaku masa Sis umur 12 or 13 tahun maybe, kiranya benda ni dah lama laa tapi sampai sekarang Sis ingat lagi apa yang jadi waktu tu. Macam biasa setiap malam Jumaat/Khamis ada blockbuster jam 10 malam. Ni part paling best kalau nak tengok tv sebab nanti ada banyak movie-movie Inggeris yang best-best. Favourite Sis ialah The Pirate of Carribbean sebab lanun dia yang perangai tiga suku tu hahahaha. Okay, back to cerita seram, Sis tak ingat masa tu tengok movie apa tapi time tu dah tengah malam and movie pun nak habis dah.


Baca juga : Pengalaman Seram Sis Dengan Moyang


Adik Sis pergi dapur nak minum air. Then tak lama tu movie tu dah habis tapi adik Sis still ada kat dapur. So Sis tutup laa tv dengan kipas dekat ruang tamu and naik tangga nak ke bilik. Rumah Sis teres dua tingkat and tangga betul-betul kat sebelah ruang dapur so of course laa Sis akan lalu dapur kan? Masa tu Sis nampak adik Sis still tengah minum air, Sis pulak dah mengantuk and tak fikir panjang apa dia buat lama sangat kat dapur sampai movie habis. Sis pesan kat dia, "nanti nak naik tutup lampu dapur tu tau" then Sis nampak dia pandang Sis tapi tak cakap apa-apa. Senyap je, maybe malas nak balas kot. So Sis pun naik laa atas, bila dah sampai atas tu, Sis akan lalu depan bilik parents Sis and masa tu Sis pelik laa sebab dengar suara adik Sis berborak dengan Ma. Sis terus masuk bilik Ma and nampak adik Sis tengah borak-borak dengan Ma.


Sis tegur laa dia, "Aikk, tadi aku nampak kau kat bawah tengah minum air. Masa bila kau naik?". Then dia cakap laa yang dia dah lama lepak dalam bilik Ma around sejam macam tu. Dia dah bagitau Sis yang dia nak naik atas tapi Sis tak balas apa-apa pun so dia naik je laa. Habis tu yang tengok tv and minum air kat dapur tu siapa? Masa ni Sis macam terkejut sikit tapi sebab mengantuk Sis tak ada laa over sangat takut tu. Sis turun balik tengok kat dapur, gelap. Maybe penunggu tu dah tutupkan lampu masa dia nak blah kot. Sis pun biarkan je and terus masuk bilik Sis and terus tidur, malas nak fikir panjang. Ma kata tu maybe penunggu tu nak tumpang minum air kot. Lagipun penunggu ni memang suka sangat transform jadi orang yang kita kenal. Sis dengan adik Sis tidur bilik asing-asing sebab Sis memang suka tidur sorang-sorang. Sebelum ni tidur sama-sama, tiap-tiap malam kitorang bergaduh berebut kipas sebab kipas meja je ada. Disebabkan selalu gaduh tu laa kitorang dapat bilik sorang satu hehe. Kalau orang yang lemah semangat time tu mesti tak berani nak tidur sorang-sorang kan? 


Setakat ni, tu je laa Sis nak cerita even tak seram mana. Tapi experience ni yang buat Sis rasa hantu/jin itu wujud. For those yang tak percaya kewujudan hantu ni mesti tak akan percaya selagi diorang belum kena. Sis ni pelik sikit. Parents Sis selalu marah and cakap, "kau jangan nak buat berani pelik sangat boleh tak?". Sebab Sis ni jenis berani duk sorang-sorang dalam gelap, kalau balik kampung lagi laa hahahaha. Nanti ada masa Sis cerita pula pengalaman perangai pelik moyang Sis kat kampung. Thank you sebab sudi membaca and mohon terus support blog Sis ye!

Comments

Popular posts from this blog

CARA KIRA GPA DAN CGPA UNTUK STUDENT UITM

DIPLOMA SAINS KOMPUTER (CS110) SEM 1. APA TU?!

APLIKASI BUAT DUIT TANPA MODAL YANG RAMAI TAK TAHU!!!