TIPS : SIS CONSUME KITSUI

Entri ni pasal review Sis terhadap Kitsui. Ni honest review daripada Sis ye bukan paid review yang kena bayar tu. Kalau blog ni belum muncul iklan tu maksudnya Sis buat blog tak bergaji lagi ni. Nak tunggu kena approved dengan AdSense memang payah sebab syarat dia ketat nak mampus! Tambah pula Sis ni freshie lagi dalam dunia blogging kan. 


Okay, enough membebel yang buat mukadimah makin berjela, Sis nak bagitau ni akhir-akhir ni Sis ada consume produk Kitsui. Sis consume pun asalnya sebab nak putihkan kulit and hilangkan jerawat, tambah pula Sis ada parut jerawat memang hodoh laa kan muka Sis. Kalah seketul kentang rasanya huhu. Sis mula-mula kenal Kitsui ni sebab selalu nampak dekat Watson (Sis ni kaki belek barang kat Watson tapi tak beli pun ehehehehe) then tertarik laa juga sebab selalu sold out. Sis pun mula cari review dari blog-blog lain dan testimoni Kitsui ni. Sis siap follow ig diorang lagi and banyak gila testimoni positif kat ruangan komen setiap kali diorang post. Ni punca salah satu Sis nak try Kitsui.


Sis masa mula-mula beli tu, Sis pergi beli 3 kotak terus. Kitsui Pimpal away, Korean Whitie Plus, Whitenin BB dengan Korean Whitie (sayangnya Sis ada alahan seafood so muka Sis gatal-gatal masa consume Korean Whitie ni). Okay, kita cerita tu benefits Pim'pal Away or Pimple Away ni (tak tahu yang mana satu packaging baru sebenarnya tapi masa Sis beli tu Pim'pal Away). Pim'pal Away (or Pimple Away) ni merupakan penyelesaian bagi masalah jerawat, masalah otot, masalah jeragat, bintik-bintik hitam dan kusam. Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi.


Okay benefits dia ialah :
✔ Mengecilkan ruang pori 
✔ Mencegah dan menghilangkan jerawat 
✔ Membaiki strukur kulit ( hilang parut ) 
✔ Mengatasi masalah kulit berminyak 
✔ Mengatasi kulit berjerawat bengkak dan bernanah 
✔ Menghilangkan ‘blackheads’ di muka 
✔Mengurangkan kemerahan kesan dari keradangan.

Cara consume : 
Tambah 1 paket (15 gram) untuk 150ml air suam. Goncang sampai sebati dan minum dengan segera. Minum air yang mencukupi sepanjang hari untuk hasil yang terbaik. 1 paket sehari, sebaik-baiknya sebelum tidur. Goncang sebelum minum (kalau kacau je guna sudu susah nak larut sebab nanti dia berketul).


Rasa dia?
Hmm sukar nak digambarkan sebab macam pelik sikit rasa dia, maybe sebab guna bahan semula jadi kan. Rasanya masa mula-mula consume tu macam susah sikit nak telan sebab rasa macam bergas sikit air tu tapi bila lama-lama minum rasa sedap pula hehe. Kalau korang pernah minum air tuak kelapa (tuak kelapa halal tau, bukan tuak beras yang memang arak/soju/wain tu), rasa gas dia lebih kurang macam tu laa. Macam minum air kelapa pun ada juga tapi pelik sikit. Kadang-kadang rasa macam pedas-pedas sikit, tak tahu kenapa rasa dia macam tu huhu.

Review Sis :
Muka Sis jerawat dah tak banyak naik macam dulu, lagi-lagi yang dekat pipi. Kesan dia lambat tapi berbaloi sebab guna sekotak je dah nampak kesan. Tapi jerawat pasir tu still ada yang naik sikit-sikit. Bagi Sis, kebersihan muka tu penting kalau nak hilangkan jerawat sebab selalu Sis pakai toner sebelum tidur. Nasib baik yang ada alahan or resdung macam Sis ni boleh consume.

Harga : RM 36.70 (Watson dan Guardian)


Okay, kita beralih pula kepada Whitenin BB ni. Whitenin BB ni favourite Sis setakat ni sebab rasa dia sedap. Sesuai kalau nak cerahkan kulit. Kitsui Whitenin BB ni merupakan penyelesaian bagi masalah kulit, masalah jeragat, bintik-bintik hitam dan kusam. Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi.

Benefits dia ialah :
✔ Mencerah & memutihkan seluruh wajah 
✔ Menghalang pembentukan blackhead & whitehead 
✔ Membantu mengurangkan jerawat muka dan badan. 
✔ Mengawal minyak berlebihan dimuka 
✔ Menaikkan seri wajah 
✔ Mencerahkan mata 
✔ Menghalang penghasilan melanin kulit 
✔ Memutihkan kulit menjadi putih pink & gebu 
✔ Menutup liang pori muka 
✔ Meningkatkan kecerahan warna kulit dengan ketara dalam masa 1-2 minggu

Cara consume dia :
Tambah 1 paket (10 gram) untuk 150ml air suam. Goncang dan minum dengan segera. Minum air yang secukupnya untuk hasil yang terbaik. 1 paket sehari, sebaik-baiknya sebelum tidur. Goncang sebelum minum.

Rasa dia :
Yang ni sumpah sedap. Kalau nak tahu Sis selalu consume 100ml je sebab rasa dia manis macam Sunquick Oren tu. Jangan letak banyak sangat air, nanti tak sedap sebab tawar. 100ml tu sikit je tau, tak banyak mana pun sebenarnya. Kalau ada cawan sukat lagi senang nak tau banyak mana.

Review Sis :
Bagi Sis semua produk Kitsui ni kesannya lambat tapi berbaloi laa. Kulit Sis makin cerah even tak ada laa cerah mana tapi bila kena panas tu for the first time muka Sis merah-merah. Kalau sebelum ni muka Sis gelap and kalau kena sunburn pun tak nampak muka Sis merah. Kiranya Sis puas hati laa dengan produk ni. Yang bestnya putih satu badan, paling ketara ofc laa muka kan?

Harga : RM36.70 (Watson dan Guardian)
Yang ni, Sis cakap awal-awal Sis menyesal beli. Menyesal sebab apa? Sis tak perasan dia ada bagitau yang produk ni tak sesuai dengan yang ada alahan macam Sis. Akibatnya muka Sis gatal-gatal tapi Sis consume juga sampai semua sachet habis, tak nak membazir sebab dah terbeli kan. Sis ni pun boleh tahan degil dia. Kalau korang ada resdung or alahan kolagen and makanan laut better tak payah beli, nanti muka korang gatal-gatal. Sumpah tak tipu! Produk ni merupakan produk booster.


Benefits dia :
✓ Mempercepatkan kesan pemutihan kulit
✓ Mengatasi masalah pigmentasi
✓ Mensekatakan tona kulit

Cara consume dia :
Campur dengan air suam 80ml. Goncang sehingga larut dan terus minum. Sesuai diambil sebelum sarapan.


Rasa dia :
Rasa macam minum tepung sebab tawar gila and bau dia pun macam tepung huhu.

Review Sis :
Produk ni okay je kesannya sebab Sis campur dengan Whitenin BB so rasa tepung tu macam tak terasa sangat laa. Tapi serious Sis cakap, kalau ada resdung or alahan better tak payah beli! Nanti muka gatal-gatal sampai naik ruam baru tahu!

Harga : RM36.70 (Watson dan Guardian)

Okay yang ni Korean Whitie Plus. Yang ni Sis menang daripada giveaway yang selalu diorang buat masa live ig. For the first tima juga laa Sis menang giveaway sebenarnya. Kadang-kadang diorang akan bagi hadiah yang serious kau tak jangka! Kadang-kadang ada juga orang menang duit hehe. Bergantung pada nasib laa huhu. Korean Whitie Plus ni lebih kurang macam Korean Whitie cuma bezanya berasaskan tomato and sesuai kalau yang ada resdung or alahan nak try.


Benefits dia ialah :
✓Bantu menyerap lebihan minyak pada wajah yang menyebabkan jerawat.
✓ Mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah
✓ Mengecilkan liang pori kulit wajah.
✓ Meningkatkan pengeluaran pro-kolagen, bagi membaiki struktur kulit wajah.
✓ sebagai anti-oksidan berkesan menghalang penuaan
✓ membantu kulit lembap dan berseri.
✓ Kandungan vitamin C pada buah acerola juga dapat mencerahkan kulit dengan menyebarkan pigmen-pigmen menjadi lebih merata
✓ Dapat menghasilkan kekenyalan, kekuatan, dan kelenturan pada kulit.
✓ Acelora telah dibuktikan boleh menentang proses penuaan sel-sel, membantu menghindarkan kulit berkedut.


Cara consume dia : 
Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan minum sebaik selepas penyediaan. Minum air yang banyak sepanjang hari untuk kesan terbaik.
Lebih sedap di campurkan dengan minuman kegemaran korang seperti oren juice atau yogurt.

Rasa dia :
Rasanya macam tomato yang penting lagi sedap dari Korean Whitie laa. 

Review Sis :
Sis baru try produk ni and bagi Sis sebenarnya Korean Whitie Plus ni sama je dengan Korean Whitie fungsinya cuma yang bezanya kandungan kat dalam tu je. Yang ada resdung or alahan macam Sis ni sesuai consume Korean Whitie Plus kalau tak boleh nak consume Korean Whitie sebab fungsinya tetap sama.

Harga : RM 36.70


Tips nak beli Kitsui :
Semua produk sesuai untuk orang yang tak ada alahan. And make sure beli ikut masalah korang. Kalau ada jerawat, sesuai Whitenin BB dengan Pimpal Away. Kalau nak kurus boleh try produk yang ada tawarkan sebab setiap produk fungsi dia lain-lain.

Untuk yang ada alahan kolagen/makanan seafood atau resdung jangan beli :
- Korean Whitie
- Generation 3 Colla
- Steamcell mixberries / SC Mixberries
- Woman Secret's
- Colla H2O


Semoga entri ni memberi manfaat kepada semua pembaca. Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

CARA KIRA GPA DAN CGPA UNTUK STUDENT UITM

DIPLOMA SAINS KOMPUTER (CS110) SEM 1. APA TU?!

APLIKASI BUAT DUIT TANPA MODAL YANG RAMAI TAK TAHU!!!