CARA KIRA GPA DAN CGPA UNTUK STUDENT UITM

Entry kali ni nampak je simple tapi sebenarnya ramai je students yang masih tak tahu or tak ingat cara nak kira GPA dengan CGPA ni sebab masa MDS kan semua tak cukup tidur dan lalok masa kat dewan so tak ambil perhatian sangat apa yang senior cakap hahahaha. Last-last masing-masing cari kat google hahahahaha then lupa balik macam mana nak kira. Okay, kenapa penting untuk kita kira GPA dengan CGPA ni? Sebab dengan cara ni korang boleh tengok sama ada korang punya pointer tu layak ke tak nak dapat dekan. Selalunya ramai student akan kejar dekan setiap semester sebab nak masuk dalam golongan naib canselor. Golongan ni hmm boleh kata golongan pandai laa sebab tiap-tiap sem kot dekan. Biasanya nak dapat dekan bukan setakat kena dapat A semua subjek tapi kena pointer 3.70 ke atas. Nampak senangkan? Tapi yang tahu je tahu perit dia huhu. APA ITU GPA? GPA ialah (Grade Point Average) ataupun dalam bahasa Malaysia bermaksud Purata Nilai Gred. GPA merupakan markah dan gred korang untuk setiap sem...